Ahad, 1 Ogos 2010

HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK!!!!

minggu ni bermula sudah Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!
yang mana masih ramai rakyat Malaysia ni masih belum sedar akan pentingnye penyusuan susu ibu ini. sepanjang 2 hari daku bertugas di booth Mbfpc di Fiesta Kajang, masih ramai ibu kebanyakannya belum arif lg tentang pentingnya penyusuan susu ibu ini, kebanyakan mereka masih terkekang dengan pemberian Formual Milk sebagai susu topup bila mereka mula kerja. Perlukah? sedangkan pada waktu itu susu ibu masih mengalir lancar untuk dibuat bekalan /stok kepada anak sepanjang mereka berkerja nanti. jadi perlukah topup tersebut?. Begini, pada hemat sy, selagi ibu tersebut mampu menyusui anaknya, susuilah, dan xperlu kepada susu tambahan atau topup, kerana isi kandungan susu formula tersebut tidak akan sama dengan khasiat yg terkandung dalam susu ibu. Komposisi nyapun jelas berbeza dengan susu ibu. kenapa rakyat Malaysia khasnya masih terlalu mudah terpengaruh dengan iklan2 hebat pengeluar susu formula? Ini adalah kerana sikap sebenarnya. Jika sikap kita ingin yg terbaik untuk anak, maka berilah anak apa yg sepatutnya terbaik, dan bukannya hendak yg terbaik tp mudah, maka serah sahaja kepada yg sedia ada. sy masih tidak faham khasnya kepada bakal ibu bapa lebih lagi yang bakal menyambut anak pertama, kebanyakan mereka bukannya hendak pentingkan pemakanan anak, tp lebih kepada perhiasan bilik tidur, pakian bayi yg cantik2, tidak salah sebenarnya. tp kebanyakan mereka apabila sy tanya " mengandung anak sulung ke dik? jawabnya: ye kak. "nanti bila bayi dh lahir jgn lupe berikan susu ibu selama 6 bulan ye" dan jawab si ibu: tengoklah kak nanti kalu susu ade boleh lah sy bg". dan sy bertanya lg" dik ade pergi mane2 kelas persediaan penyusuan x?" jawabnya " xsempat kak". tengoklah nanti klu ade masa". Astaghfirullah hal aazim. adakah ini skeptikal rakyat malaysia? sungguh sy xfaham. kenapa teramat gemar dengan ajwapan "tengoklah nanti".
Wahai ibu2 diluar sana, sy mohon jangan terasa dengan apa yang sy ingin katakan ini
ambillah ilmu sebanyak mungkin tentang keibubapaan, persiapkan diri dengan ilmu tersebut supaya kelak anak2 kita akan terdidik dengan pengisian yg baik. tidak dinafikan susu bukanlah sebab utama sama ada anak itu menjadi pandai atau tidak, tetapi kita cuba isikan anak dengan sumber2 yg baik, jadi anak itu nanti adalah anak yg baik.
bukalah mata ibu2 sedunia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan